Maybank Visa Debit Kad kini sudah dimiliki….

Maybank Visa Debit Kad kini sudah dimiliki….

Wah….. memula hari tu saya tukarkan kad CIMB atm ke Kad Debit Master, kini giliran kad Maybank pula di tukar ke Kad Debit Visa.

Semalam kan cuti Hari Wilayah, jadi untung juga duduk di Negeri Selangor, sebab Bank kat Selangor buka… hahahaha. Apa lagi serbu la, bila lagi nak pergi kan. Anak-anak pergi sekolah, masa ni la ibubapa settlekan apa-apa yang patut kan?

kad atm maybank

Ni kad ATM Maybank EDISI TERHAD….. saya dapat masa pertama kali kad ATM Maybank di keluarkan dan saya la orang-orang pertama berjaya memilikinya (pergh…..macam riak la pulak…hehehe)

Lama sungguh ia berjasa dengan saya tau!! Sayang pula nak tukar kad baru…tapi sebaik la masa saya tukar kad ATM Debit tadi, staff maybank tu cakap leh simpan wat kenangan… fuh… lega rasanya…hehehe

kad visa debit maybank

Tadaaaa……………………..dah siap…eh senang gila la nak g buat… macam biasa lah :

  • Tanya kat kaunter pertanyaan cakap nak tukar kad ATM ke kad Debit Visa
  • Isi borang dan tunggu giliran
  • Serahkan Kad pengenalan dan kad ATM lama untuk pengesahan. (ohya di Cawangan Bangi, kalu Kad Pengenalan mempunyai masalah seperti kad tak boley baca, mereka susah nak proses, jadi pastikan anda bawa sekali buku simpanan untuk backup)
  • Bayar RM12.00 untuk pengeluaran kad Debit ni
  • Tandatangan memana yang patut dan terus dapat kad DEBIT VISA tu
  • G kat ATM tukar pin nomber dan SIAP!!

Ha… macam tu jer.. senang kan? adalah dalam 20  minit juga nak buat urusan tersebut… jadi kalu boleh pilih la Maybank yang tak ramai orang tau! Urusan melalui MAYBANK2U macam biasa, tak perlu pertukaran apa2… LOGIN macam biasa dn buat urus niaga pun macam biasa….

Dan seperti yang di ketahui… dengan adanya kad Debit Maybank ni boleh la shopping dengan senang hati tapi macam biasala kene la ada duitnya dalam bank, dah namanya DEBIT jadi kalu tak der duit dalam akaun macam mana nak DEBIT!!heheeh

AWAS juga untuk mereka yang menggunakan kad di PAM MINYAK, rasanya ia akan TOLAK RM200 dahulu walaupun nilai pam hanya RM50 dan dalam masa 3 hari bekerja baru akan di pulangkan RM200 ke akaun anda.

Jadi pada sesiapa pengguna PAYPAL memang amat berguna tau kad ni.. sebab senang nak keluarkan duit dari PAYPAL dengan hanya satu klik!!hehehe

Kini saya dah ada VISA dan MASTER Kad Debit…anda bila lagi??hehehe

13 thoughts on “Maybank Visa Debit Kad kini sudah dimiliki….

  1. wah bestnya cepat urusan.maybank puchong prima lembab gile.urusan daftar TAC number pun smpi tghari padahal dtg kul 9.15pagi tu.best la maybank bangi!huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s