EARs, dengar dan bantu anda dalam kesusahan!

EARs, dengar dan bantu anda dalam kesusahan!

Pernah dengar EARs?? atau dalam ayat yang panjang ‘Emergency Assistance & Response Services (EARs)’.

EARs ialah perkhidmatan keselamatan peribadi dan bantuan automotif yang sedia membantu mereka yang berada dalam situasi genting, sesat, terkandas atau memerlukan pertolongan kecemasan.

EARs memudahkan keseluruhan proses terbabit pada satu aplikasi saja, satu sentuhan pada ikon dan ia akan menghantar isyarat serta merta dalam masa lima saat kepada EARs yang akan mengenal pasti nama anda dan menentukan lokasi anda melalui sistem kedudukan global (GPS).

Malas la nak citer panjang… meh tengok klip video ni :

Ha…paham tak apa yang hendak di sampaikan jika anda adalah pengguna EARs?? Senang bukan. Dengan hanya 1 butang sahaja, anda akan di selamatkan oleh EARs

ears

Teknologi ini telah pun di bangunkan sejak tahun 2009, dan sehingga kini masih lagi dikemaskini untuk memenuhi pelbagai keperluan termasuk sistem amaran automatik lima saat. APlikasi ini juga akan cuba dilancarkan untuk pengguna telefon pintar yang lain.

Jadi untuk mereka yang mempunyai telefon pintar, seperti iPhone atau pengguna Android boleh la muat turun ke telefon anda melalui aplikasai “EARsAlert2”.

Aplikasi ini  juga sudah boleh di dapati di iTunes dan juga Android Market untuk muat turun secara PERCUMA dan boleh digunakan selama 30 hari percubaan atau dapatkan pakej yang menarik untuk 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun atau 2 tahun.

pakej ears

Mana tahu aplikasi ini amat berguna untuk diri sendiri, kawan-kawan, saudara mara atau juga keluarga anda sendiri?

Untuk maklumat lanjut mengenai EARs ni, boleh la layari www.ears.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s