Apabila Huzaiman pula demam dan terkena ruam lampin.

Apabila Huzaiman pula demam dan terkena ruam lampin.

Sekejap jer hari ni dah hari Ahad……. ishk… tak puas betul duduk di rumah. Minggu lepas cuti pun ada jer kerja yang tetiba tak di jangka datang…huhuhuhuh

2-3 hari ni Zulfadhli demam panas gara-gara ulser mulutnya. Kali ni Huzaiman pula demam mungkin kerana berjangkit dek abang nya. Dan kebetulan pula terkena ruam lampin pula…

ruang lampin
(credit ke : http://shahalambabies.blogspot.com)

Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika  dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

Apakah itu Ruam Lampin?

  • Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat  yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.

Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?

Gejala-gejala Ruam Lampin

Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:

  • Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan  bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
  • Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
  • Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).
  • Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.

Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagianutama yang dijangkiti.

Penjagaan sendiri

  • Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin daribayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.
  • Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .
  • Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untukmembersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam ataukrim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat daripegawai farmasi).
  • Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas,minyak mineral atau losyen lemak ‘wool’, zink dan krim minyakkastor).
  • Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kaliseminggu sudah mencukupi.
  • Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik..
  • Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
  • Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru yang mungkin merupakan penyebab ruam lampin.
  • Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

JANGAN……

  • Membiarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.
  • Kerap menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam.

(Nota : Menggunakan krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya.)

Di petik dari : klik4sihat

Bila Huzaiman demam….aku dah mula risau. Ialah… dia baru jer berusia 5 bulan.. mana reti cakap. hanya merengek jer bila rasa tak selesa.

huzaiman

Cepat-cepat makan ubat. 1ml jer di benarkan untuk kanak2 umur setahun ke bawah. Dan sebaik ada kool fwever. tempek la satu kat dahinya,

cool fever

Kool fever ni memang aku sentiasa stanby kat rumah. ialah… bila jadi macam ni, tak la kelam kabut nak kene g farmasi lagi kanbuatnya memalam dia panas sangat… tampal jer koolfever nii kat badan atau dahi untuk mengurangkan panas nya.

Ala… baru RM9 jer harganya… apa salahnya beli awal2 kan?? hehehe

Tapi selalunya aku akan mandi kan dia sekerap boleh… tp masalahnya dia kene selsema pula bila dah selalu mandikan dia…hehehe

huzaiman

Tak perla… janjji suhupanas di badannya sudah berkurangan. Esok aku dah start keje… susah hati pula bila nak tinggalkan dia di TASKA kalu dia demam…

Alhamdulilah…suhu badannya dah surut berbanding semalam…..

Nota kaki : Huzaiman kalu dah sihat… senyum jer memanjang…hehehe

2 thoughts on “Apabila Huzaiman pula demam dan terkena ruam lampin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s