Kata Ganti Diri – SAYA

Kata Ganti Diri – SAYA

saya

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

Jadi sempena hari jadi saya, saya hadiahkan diri ini dengan penukaran kata ganti diri dari perkataan AKU kepada SAYA di mana lebih sedap dan ala-ala sopan sikit. tak la ganas rasanya.. hehehe

Sambil-sambil tu, meh kita belajar kembali kata ganti diri semasa di sekolah. Maklum la dah bertahun meninggalkan zaman persekolahan.. sumer benda pun hampir lupa. Kene gak belajar balik, sebab anak-anak pun semakin membesar dan mereka juga saling bertanya dan merujuk kepada saya selaku ibubapanya…

Kata ganti diri terbahagi kepada 3 jenis. Iaitu :-

Kata ganti diri pertama

Tunggal

  • aku—digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan.
  • saya—digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
  • hamba—digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu.
  • patik—digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
  • beta—digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

Jamak

  • kami—digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
  • kita—digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.

Kata ganti diri kedua

  • anda—digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
  • awak—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
  • engkau—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.
  • tuanku—digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
  • kalian—digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
  • kamu—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti diri ketiga

  • Baginda—digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.
  • beliau—digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin.
  • dia dan ia—digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
  • mereka—digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

(di petik dari Wikipedia)

Jadi seperti yang di ketahui, kata ganti diri SAYA adalah di kategori dalam kata ganti diri pertama. Walaupun kata ganti diri saya digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi, bukan lah bermakna BLOG SUMIJELLY ni di kategori dalam suasana RASMI cuma kata ganti diri sahaja yang berubah.

Frasa dan lenggok bahasa tetap sama sebab ia masih orang yang sama yang menaip… jadi jangan la kawan-kawan semua rungsing yek…

Jadi berilah saya sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengna KATA GANTI DIRI ini… harap kawan-kawan semua menyokong saya walaupun pun hanya dengan kata-kata…

Terima kasih kerana sudi membaca sumijelly.com… ingat sumi ingatlah jelly…keh3

7 thoughts on “Kata Ganti Diri – SAYA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s