Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita

Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita

hari antarabangsa menangani keganasan terhadap wanita

Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2011

Tarikh : 25-26 November 2011 (Jumaat-Sabtu)
Masa : 9.00pagi – 5.00 petang
Tempat : Aras 3, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, KL

Untuk maklumat, sila ke Facebook KPWKM

———————————————————————————————————————————–

KUALA LUMPUR: Kaukus Anggota Parlimen Wanita akan mengadakan kempen dan forum sempena Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Keganasan terhadap Wanita yang akan disambut pada 25 Nov ini.

Kempen itu di Stesen Kuala Lumpur Sentral pada Isnin depan dijangka dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta anggota Parlimen yang lain.

Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) berkata forum yang akan diadakan pada Khamis depan pula bertujuan mencari langkah terbaik mengatasi masalah keganasan terhadap wanita terutama dari aspek pencegahan, penyelesaian dan perundangan.

“Kita jemput semua badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang berminat untuk menyertai kedua-dua program ini. Kita mahu wujudkan kesedaran agar wanita dan kanak-kanak tidak terus menjadi mangsa keganasan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) dan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan).

Nancy berkata kempen dan forum itu merupakan kerjasama semua anggota Parlimen wanita dari pelbagai parti politik yang bersatu bagi menyuarakan hasrat sama, menentang keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Beliau berkata pada hari kempen, anggota Parlimen akan mengedarkan risalah dan ‘placard’ kepada orang ramai, dan forum di Bilik Jawatankuasa Parlimen dijangka menjemput wakil Majlis Peguam, polis dan Jabatan Pembangunan Wanita sebagai ahli panel. — BERNAMA

2 thoughts on “Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s