Hari ini, hari Orang Gomen!!

Hari ini, hari Orang Gomen!!

gaji

Ok..hari ni orang gomen dah gaji…….. perghh..confirm ATM penuh ngan umat manusia…berderet2 la … aku jamin sumer pakat nak g ATM time lunch kang……

Nak kuar duit, nak masuk duit, nak transfer duit dan segala2 nya la.. nak di buat ngan gaji yang sebulan itu… Gaji sebulan tapi utang lebih dari gaji sebulan…..keh3

citer pasal gaji, sapa hari tu ada baca paper pasal Kenaikan gaji tu hari? tak ingat yek?? tak per .. meh aku tempek jap, apa PM cakap kat Budget 2012 tempoh hari…..

Ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat tempoh hari, Najib berkata penjawat awam berumur antara 55 hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.

“Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

“Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012.

“Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, mereka akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus,” katanya.

Dengan itu mula la tersebar carta kenaikan gaji tahunan di merata2 blog….hahahah. Entah mana malaun la yang g buat carta ni… entah betul tidak dari JPA atau ini adakah ia rekaan semata2???

gaji

Korang agak2 kenaikan gaji akan jadi gitu ker??

Tak silap aku la kan, sapa yang nak ambil sistem SBPA ni kene gak ambik pencen sehingga 60 tahun. Kalu tak gaji tu tetap takuk tu jerla……

emmmmmm……. nak ambik ker tak nak? sebab mana tahu kalu ambik pas tu kalu dapat PM baru lagi atau pemebentangan budget yang akan datang kuar lak Pekeliling baru supaya pencen menjadi 70 tahun macam mana??

Pengsaaaaaaaannnnn…….. sebab asyik kerja jer sampai tua.. tu kalu umur panjang…. kalu umur pendek? bukan pencen tak dapat, sumer bend apun kita tak merasa kan??

Jadi… marilah kita menabung sejak kecil….. hehehehe

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling  SBPA akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan  capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

8 thoughts on “Hari ini, hari Orang Gomen!!

  1. Assalamualaikum,

    Tp kan kak..bukan ke kite nih kategori wajib pencen 60 tahun tuh? tp serious ke mula naik jan nih gaji? sebab xde dpt pekeliling mana2 lg psl bende ni..pastu nih dh masuk buln 12, org gaji patut dh standby utk bwt gaji utk bulan2 2012..tp diorg takde dpt maklumat lg..

    hehe bukan senang kite nk dpt naik gaji macam tuh je..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s