Melalui pengalaman bersama Tune Talk Mobile Prepaid

Melalui pengalaman bersama Tune Talk Mobile Prepaid

[Ini adalah STICKY MODE JAP, entry terbaru?
Sila scroll ke bawah yek!]

This is prepaid..… begitulah tagline syarikat prepaid terbaru daripada Tune Talk iaitu syarikat telekomunikasi daripada Tune Group Company, syarikat yang sama yag memilikki Tune Hotel.

Untuk pengetahuan korang chairman Tune Group ni adalah orang yang sama memiliki Air Asia yang tidak asing lagi Datuk Seri Tony Fernandes. Tapi gambar kat atas tu gambar Jason Lo… jangan korang salah faham lak..hehehe

Tune Talk merupakan syarikat telekomunikasi MVNO iaitu mobile virtual network operator yang tidak mempunyai coverage sendiri. Mereka menggunakan rangkaian celcom 2.5G dalam menyediakan servis kepada pelanggan mereka dan menggunakan prefix 010.

Untuk aku yang dapat merasai pengalaman bersama Tune Talk, sukalah kiranya aku dapat berkongsi pengalaman itu bersama korang.


MELAYARI INTERNET

Memula kene setting dulu untuk yang menggunakan MODEM

APN: tunetalk
Username: (kosongkan)
Password: (kosongkan)
DNS: 0.0.0.0
Gateway: 0.0.0.0

Jadi setelah setting untuk internet, masa untuk melayari internet la pula…

Ok..melihat kelajuan yang hanya 430.6kb adalah mustahil untuk aku melayari internet dengan PANTAS.. jadi lupakan lah hasrat aku untuk berinternet di rumah. Kerana liputan di kawasan aku area Bangi amatlah terhad.

Aku harap liputan TUNE TALK ini akan meluasla ke area Bangi dalam masa terdekat ini…kalu boleh cepat-cepat sikit, sebab senang sikit aku nak melayari internet dengan TUNE TALK sahaja…

Tapi tak apa, kita ada banyak cara untuk menikmati talian internet ni

Menggunakan handphone pula…..

Wah..akhirnya dapat gak aku melayari dengan jayanya.

Tengok..tengok.. dapat update dengan lancar lagi…. seronoknya…………..

Nak upload gambar pun PANTAS dan LAJU jer….

Dan kalu korang nak tahu… bila aku melayari internet ni… aku rasa sangaaaatttttttt murah la.. sebab setiap kali aku habis transaksi internet charge yang kenakan hanya

RM0.05 sahaja!!

Yer…betul!! aku tak tipu ko… murah gila la... macam tak sia-sia jer aku berinternet menggunakan TUNE TALK ni…

PANGGILAN TELEFON

Panggilan serendah 0.16 sen seminit ke sebarang nombor telco di Malaysia ini. Tak kisah la prefix dia apa. 012, 013, 014, 016, 017, 018 , 019 dan 010 semuanya 0.22 sen seminit. Caj sms nya pula adalah 5 sen sahaja. Murah juga.

Jadi aku pun cuba menelefon my IR la…

lebih kurang 1/2 jam bercakap, kredit yang di potong hanya RM3.00++ sahaja

Murah tak??? gila murah ko…

Malah Caj IDD pun murah jugak sebanyak 10% daripada pesaing-pesaing telco yang lain. Tapi aku tak sempat lagi nak mencuba pula.. tak per, nanti aku try sebab aku ada kawan yang menetap di Indonesia tau…

Oh ya…tamat tempoh sah TUNE TALK ini lebih panjang dari telco lain. RM30 untuk 50 hari, RM50 untuk 75 hari tempoh sah.

PERCUMA AIR ASIA TIKET

Pelanggan Tune Talk boleh menikmati penerbangan Air Asia secara percuma. Hanya tambah nilai sahaja korang dah boleh kumpul point.

Lagi banyak korang tambah nilai lagi banyak la point untuk di kumpul.

Jangan lupa lihat Carta penebusan tiket untuk mengetahui destinasi pilihan korang tau!

PERLINDUGAN INSURANS KEMALANGAN

tune talk

Pelanggan-pelanggan yang berumur dari 12 untuk 65 tahun akan diinsuranskan PERCUMA yang bernilai  RM100,000 Personal Accidental Insurance Coverage ditanggung oleh rakan kongsi mereka, Etiqa. Untuk menikmati insurans percuma ini, hanya mengekalkan satu tambah nilai bulanan RM30.00 dan kekal aktif!

PEMILIHAN NO TELEFON

tune talk

Tak suka nombor telefon bimbit korang akibat selalu di ganggu oleh orang-orang tak di kenali?? Ha… dengan TUNE TALK korang juga boleh memilih nombor kegemaran korang semasa mendaftar secara online.

Selain itu segala butir peribadi dan juga baki kredit korang juga akan di dipindahkan ke nombor baru… mudah bukan?? Korang hanya perlu melayari laman web TUNE TALK dan login ke   SelfCare account atau hanya pergi ke mana-mana authorized dealer yang berdaftar.

Perghh….penat tau aku jelaskan…. korang jelas tak??

So bagaimana?? berminat nak bertukar ke TUNE TALK… sekarang dengan hanya RM5 korang dah boleh memiliki TUNE TALK ni tau…

Ohya..sebelum aku akhiri entry ni… cuma aku mohon dari TUNE TALK :

Kalu boleh liputan tu biarla meluas sikit.. aku geram la.. leh tak umah aku tak meluas lagi, padahal aku dah duk citu 2 tahun dah…huhuhu

Dengan adanya Tune Talk prepaid ini, aku pasti akan berlaku perang harga dengan syarikat telekomunikasi yang lain.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari  TuneTalk untuk lebih penjelasan.

Nota kaki : Korang jangan tak tahu, ada orang gelak bila tangok nombor tunetalk aku.. sapa lagi kalu bukan Hamzah gay tu…macam la dia x der tunetalk gak…hahahahaha

21 thoughts on “Melalui pengalaman bersama Tune Talk Mobile Prepaid

  1. mahalnya call idd ke luar negara.. i tgk xpax punya pelan murah gila idd dia.. ke bangladesh 8sen seminit.. indonesia 12sen seminit.. but i wonder why call ke laur negara murah haa? mmg smua telco mcm ni ke? i call mak i kat sungai petani pon x murah mcm gini.. huhu

  2. tapi knp ble dh lama tak top up,line trus tak ley guna..bile wat call ke no tune talk trus operator jwb “no yg anda dail tiada dlm perkhidmatan…pe citer???

  3. Salam,

    Saya nak point out ada sikit kesilapan dalam posting untuk Tune Talk ni. Pertama, kadar panggilan pada mana-mana nombor (land line mahupun mobile) & pada bila-bila masa adalah 16 sen/minit dan bukan 22 sen seperti yang di tulis. SMS & data dah betul iaitu 5 sen/sms & 5 sen/100mb.

    Satu lagi, tagline kami adalah “This is Prepaid”. Tagline Now We’re Talking” adalah tagline asal kami semasa mula-mula launch dulu.

    Tentang coverage pula, Tune Talk menggunakan network CELCOM. Oleh itu, di mana ada coverage CELCOM, situlah ada Tune Talk. CELCOM coverage di Bangi agak lemah. Mcm mana saya tahu? Sbb selalu balik rumah mertua kat sana…hehehe…

    Insya’Allah, bulan depan kami akan introduce beberapa service lain seperti:
    MMS,
    Blackberry services.

    Harap continuelah menggunakan Tune Talk ataupun beri lah saudara mara untuk menggunakannya sbb makin lama guna, makin banyak points Air Asia boleh kumpul.

    Salam.

    http://www.boisanerd.blogspot.com

  4. har har har.
    mana no kak sumi kat atas tu, takde pun.
    kalau ada blh tumpang gelak sekali keh keh.

    ps: biasalah, pasal coverage tu huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s