Tema, Logo dan Lagu 1 Malaysia – 2009

Tema, Logo dan Lagu 1 Malaysia – 2009

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke -52 ini, marilah kita menyelami erti – erti Kemerdekaan melalui tema, logo dan lagu 1 Malaysia.

1) Tema hari kemerdekaan ke 52
– 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2)Logo hari kemerdekaan seperti berikut:

Logo  1 M'sia

Maksud logo:
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

3) Lagu hari kemerdekaan
– Lagu Satu Malaysia telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.

Berikut adalah lirik lagu tersebut.

SATU MALAYSIA
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

3) Pelancaran Bulan Kemerdekaan, Tema, Logo dan Lagu Kemerdekaan Ke-52 pada 16 Ogos 2009 di Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur.

4) Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 12 Ogos 2009 di Putrajaya.

5) Perayaan Ambang Merdeka akan diadakan pada 30 Ogos 2009 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

6) Sambutan Hari Kebangsaan Ke – 52 diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

7) Majlis Penutup Perayaan Bulan Kemerdekaan peringkat kebangsaan akan diadakan pada Oktober 2009 di Sarawak.

Advertisements

24 thoughts on “Tema, Logo dan Lagu 1 Malaysia – 2009

  1. ASSALAMUALAIKUM.. bgi sya n bgi umt ISLAM, bln yg pling brmkna skali adlh bln RAMADHAN AL- MUBARAK/PUASA sbb..ianya b’kait rpt dgn kslamtan & kebaikan di DUNIA & di AKHIRAT…!

    1. @Jimi,
      Ramadhan untuk agama, Merdeka untuk Negara..
      dua2 pun amat bermakna……
      sebagai umat Islam dan penduduk Malaysia…marilah kita menghayati erti Ramadhan dan kemerdekaan yek…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s