Apakah itu G6PD??

Ingat kah entry hari tu……
pasal aku kata, aku nie pembawa G6PD……??
so..kat sini aku masukkan entry penyakit tu….
x der la banyak info…..
just nak share ngan u all makna dan kesan jer…

Penyakit nie x berbahaya…
dan selalu nya penyakit keturunan….
so…… untuk keterangan lanjut, better u all tanya kat spital @ klinik..
kang aku bg tau info salah kang, memandai2 jer kan..
so…better pergi rujuk pada yang pakar yek…….

Apakah itu G6PD??

G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.

Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah mereka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.

Ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis adalah seperti di bawah ini.

Penting

Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD hendaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas. Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.

Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan “rantai perubatan” yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri doktor yang merawatnya.

P/s : sekarang nie kat umah, ubat gegat, spray2 yg berbagai jenis, dan segala yg x leh digunakan kene sorokkan….sbb tkt dijumpai dek anak2 susah pulak… kacang parang pun x leh makan tau…..huhuhuh..kene la pantau kalu g umah orang….

7 Responses to “Apakah itu G6PD??”

  1. hi saye yg kne u
    kte ia x bahaye diri kan

  2. askum..anak lelaki saya baru 5 hari dilahirkan disahkan ada g6pd. risau gek sebab tak tau apa bendanya tu..tapi mak saya kata masa kecik dulu saya pernah kena demam kuning tinggi sampai kena transfer darah..saya nak tahu le pulak rawatan g6pd tu

  3. [...] INFO Lanjutan : G6PD Ini adalah lanjutan dari Entry aku yang bertajuk APAKAH ITU G6PD?? [...]

  4. zahidah Says:

    saya pun pembawa G6PD. anak lelaki saya penghidapnya

  5. anak aku no.2 si zulfan tu pun kekurangan G6PD… dulu tak tahu apa2 pasal ni tapi bila dah kena, baru laa cari info…

    • sumijelly Says:

      sumi pun mana pernah tau pasal nie..
      tau2 jer masa bersalin anak pertama kata anak ada G6PD..
      then doc kata sumi pembawa….
      tanya parents pun x pernah dgr penyakit tu….
      huhuhuhu……..

Leave a Reply